30 – 31 Januari 2024 (Selasa – Rabu) – LADA telah menyertai misi pelaburan ke Indonesia bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara / Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) sempena The 7th Hospitality Indonesia Conference di Jakarta, Indonesia.

Tema utama persidangan ini adalah Hotel Investment, Hotel Design, Travel Byte dan Hotel Revenue yang menampilkan lebih 80 speaker daripada kalangan pemilik hotel, rangkaian hotel, airlines, Online Tarvel Agent (OTA), pemaju hartanah dan lain-lain badan profesional. Jumlah penyertaan adalah seramai 450 peserta daripada 250 syarikat dan agensi.

Hasil daripada perjumpaan tersebut beberapa Syarikat telah menyatakan minat untuk mengembangkan perniagaan di Northern Corridor khususnya Langkawi. LADA dengan kerjasama Tourism Malaysia Jakarta dan NCIA akan merangka program bagi membawa potensi pelabur ini (Syarikat pelaburan/pemaju hartanah/pengurusan rangkaian hotel) ke Langkawi khususnya bagi Pembangunan di atas tanah-tanah milik LADA.

LADA dan NCIA juga telah mengadakan pertemuan bersama En. Hermawan Kartajaya iaitu seorang pakar pemasaran Indonesia (Founder & Chairman, Mcorp Markplus Institute) yang aktif menulis buku-buku terutama berkaitan pemasaran sehingga telah dianugerahkan Doctor Honoris Causa. Beliau telah berkongsi dan menerangkan 3 konsep penting dalam pemasaran iaitu Positioning, Differentiation and Branding.