Langkawi, 9 April 2022 –. Jelajah Ramadhan LADA di Langkawi bagi tahun 2022 telah mula diadakan hari ini dengan konsep menyantuni asnaf dan komuniti yang memerlukan
Program ini merupakan gandingan kerjasama bersama anak syarikat/syarikat bersekutu iaitu Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), Langsura Sdn Bhd. (LGSB) dan Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB). Tujuan penganjuran program ini adalah untuk menyantuni golongan asnaf dan mengeratkan lagi tali silaturahim serta semangat kebersamaan antara keluarga LADA, anak syarikat serta komuniti setempat.
Ketua Pegawai Eksekutif, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata:
‘Program Jelajah Ramadhan yang mempunyai tiga (3) siri ini, fokus menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf di sekitar Langkawi. Ini merupakan usah berterusan LADA sempena menyambut kehadiran bulan Ramadhan. Bulan yang penuh kemuliaan dan menjanjikan ganjaran pahala. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada keluarga LADA dan kakitangan anak syarikat/syarikat bersekutu LADA untuk beramah mesra dengan komuniti setempat.”
Pada tahun ini sebanyak tiga (3) buah masjid telah dipilih sebagai lokasi pelaksanaan program iaitu Masjid Al-Aman Kampung Yooi (April 2022), Masjid As-Sofiah, KEDA (17 April 2022) dan Masjid Ar-Rahman, Kedawang (21 April 2022). Pihak LADA akan menyalurkan sumbangan kepada 96 orang asnaf yang akan menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan bernilai RM150.00 sepanjang program ini berlangsung. Sumbangan yang dihulurkan ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga yang terlibat sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal hadir.
“Pada tahun ini, sekali lagi LADA juga menjalinkan kerjasama bersama rakan strategik kami iaitu pihak RTM Langkawi dalam menjayakan salah satu siri program ini. LADA melihat kerjasama ini dapat memupuk semangat kerjasama yang baik di antara agensi kerajaan di Langkawi dalam menyantuni penduduk Langkawi.” ujarnya lagi
-TAMAT-
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
9 April 2022
____________________________________________________________________________________________________
Untuk maklumat lanjut berhubung kenyataan/siaran media ini sila hubungi Unit
Khidmat Korporat (LADA) di talian 04-9600626.