5hb Februari 2023 – SK Seri Lagenda telah menjemput LADA bersama-sama meraikan Majlis Aspresiasi Lagenda.

Majlis ini diadakan setiap tahun bagi memberi pengiktirafan dan galakan kepada para pelajar untuk terus berjaya dan cemerlang di masa hadapan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Mohd Hasbullah Salleh, Pengarah Syarikat Premix Sdn Bhd.

LADA diwakili oleh Encik Mohamad Firdaus Helmi Bin Fazil, Unit Khidmat Korporat untuk menerima hadiah sebagai Agensi yang telah menyampaikan sumbangan kepada sekolah dalam membantu pembangunan modal insan.

LADA memberikan sokongan penuh kepada sekolah di Langkawi bagi meneruskan agenda pembangunan modal insan seterusnya meningkatkan pembangunan komuniti di Langkawi.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menerima pencapaian cemerlang pada majlis kali ini dan menjadi suntingan semangat kepada semua pelajar untuk terus berusaha dan maju bersama-sama pada masa hadapan.

#LADA #LembagaPembangunanLangkawi #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #SKSeriLagenda #MajlisAspresiasiLagenda