Tarikh :10 Januari 2024 (Rabu)
Masa : 4.00 Petang
Tempat : Bella Vista Waterfront Langkawi
Siri pertama program Tourism Gathering 2024 telah mengumpulkan seramai 230 pemain industri pelancongan Langkawi pada petang tadi. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBhg. Dato’ Haslina Binti Abdul Hamid.
Program diteruskan dengan Pembentangan Hasil Kajian Kesan Penularan Covid-19, Pola Kedatangan,Perbelanjaan Dan Kepuasan Pelawat Ke Langkawi: SatuAnalisis Time Series Dan Peramalan beserta pembentangan Pengenalan Splash Out.
Program diakhiri dengan sesi ramah mesra antara LADA, Agensi Kerajaan, pemain industri pelancongan, NGO serta komuniti Langkawi.
Semoga kerjasama antara semua pihak akan terus erat demi kemajuan dan pembangunan Pulau Langkawi.
Bella Vista Hotel, Langkawi
#lada #langkawi #lembagapembangunanlangkawi #malaysia #malaysiamadani #langkawibestwey #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp