Sesi lawatan Koperasi Ibu Hati Waja Langkawi (KOHAWA) ke Ruang Reka STIE Keluarga Malaysia yang terletak di Laman Budaya, Wing B Kompleks LADA telah diadakan. Ruang Reka STIE ini dibangunkan bagi memberi kemudahan kepada semua komuniti Langkawi untuk meningkatkan ilmu dalam bidang inovasi serta kreatif selain untuk meningkatkan taraf hidup dan pendapatan komuniti setempat.
Masyarakat setempat seperti pelajar, usahawan, pengajar dan semua pihak berpeluang untuk menjalankan aktiviti inovasi dan kreatif dengan menggunakan teknologi sedia ada seperti mesin pencetak 3D, dron dan lain-lain peralatan secara praktikal. Selain itu, kursus dan latihan berjadual juga akan diadakan bersama institusi pengajian tinggi yang bekerjasama kelak.
Antara fasiliti yang disediakan adalah seperti berikut :-
i. Makmal Komputer
ii. Bilik Perbincangan
iii. 3D Printer
iv. Bilik Jahitan
v. Drone
vi. Green Studio dan Virtual Reality
vii. Flexible Silkscreen Printing Table (Flexsilk)
Pihak LADA turut menjemput komuniti Langkawi yang berminat untuk membuat tinjauan di Ruang Reka STIE ini. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Puan Khairunnisa binti Othman, Bahagian Pelaburan & Pemudahcara Perniagaan di talian 04-9600 642 bagi membuat temu janji atau tempahan.