LADA telah menerima lawatan penanda aras daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak, dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Negeri Sarawak.
Delegasi seramai 45 orang terdiri daripada warga kerja Khidmat Bahagian Pembangunan Sosial, Bahagian Pembangunan Komuniti dan Projek, dan Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran KPWK. Lawatan ini diketuai oleh Setiausaha Tetap KPWK, Datu Dr. Hajah Rashidah binti Haji Bolhassan.
Sesi taklimat korporat jabatan disampaikan oleh Encik Mohammad Shauqi bin Md Rezali, Penolong Pegawai Pentadbiran Unit Khidmat Korporat, LADA.