4 Februari 2024 (Ahad) – Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Ipoh telah mengadakan lawatan penanda aras ke LADA dan Langkawi.
Taklimat berkaitan pengurusan pembangunan dan tanah LADA telah disampaikan oleh Puan Mariam Tajudin, Ketua Penolong Pengurus Bahagian Perancangan LADA.
Semoga kedua pihak mendapat manfaat daripada sesi pertukaran dan perbincangan yang diadakan serta hubungan antara dua agensi ini akan terus berkekalan. LADA serta warga Langkawi mengalu-alukan kehadiran pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Perak di masa akan datang.