LADA dan Grab Malaysia kini menjalinkan kerjasama yang erat bagi meningkatkan industri pelancongan di Langkawi ke peringkat yang lebih tinggi dengan menggunakan kemudahan teknologi yang terkini. Melalui kerjasama ini dilihat dapat memperluaskan lagi jaringan dan kebolehpengggunaan teknologi dalam industri pelancongan melalui penggunaan aplikasi Grab yang dikemaskini mengikut kesesuaian lanskap industri pelancongan di Langkawi.
Hasil kerjasama ini juga pihak Grab bersetuju untuk membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada para peniaga dan pemain industri pelancongan di Langkawi untuk mempromosikan produk dan menggunakan kemudahan aplikasi seperti grab pay supaya hasrat kerajaan untuk menjadikan Langkawi sebagai cashless Island dalam agenda Digital Island untuk Langkawi dapat direalisasikan.
Semoga usaha LADA dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak Grab Malaysia ini akan membuahkan hasil positif seterusnya mempromosikan pulau ini sebagai digital tourism hub yang pertama di Malaysia.
#LADA&Grab
#pembangunanindustripelanconganlangkawi
#langkawidigitalisland