Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) akan mengadakan Kuah Graffiti Festival yang bertemakan ‘Meeting of Styles’. Festival ini bermula pada 27 sehingga 30 Oktober 2023 jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam.

Festival ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd. Yusri bin Mohd. Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Untuk makluman, seramai 63 pelukis tempatan dan antarabangsa telah mengesahkan penyertaan festival ini. Antara negara yang terlibat adalah:

o Indonesia
o Thailand
o Brunei
o Singapura
o China
o Taiwan
o Jepun
o India
o Australia
o Denmark
o Ireland

Festival yang berlangsung selama tiga (3) hari ini mengalu-alukan semua penduduk Langkawi secara percuma. Pelbagai pengisian program yang menarik seperti bengkel graffiti, bazar jualan dan pameran galeri seni diadakan sepanjang berlangsung festival ini.

Festival ini dapat menarik minat penggiat seni, komuniti Langkawi, pemain industri dan para pelancong untuk hadir memeriahkan program ini. Dengan adanya penganjuran acara sebegini, secara tidak langsung dapat memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

-TAMAT-
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
29 Ogos 2023
_____________________________________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut berhubung kenyataan/siaran media ini sila hubungi Unit Khidmat Korporat (LADA) di talian 04-9600626.
_____________________________________________________________________________________________________________________________