Persidangan ini diadakan di Langkawi pada 26 Ogos hingga 3 September 2022 dengan 300 orang delegasi yang menginap di Hotel Bayview Langkawi selama 9 hari 8 malam di pulau ini. 70% daripada keseluruhan delegasi adalah delegasi dari luar negara.
Makan Malam ini adalah insentif MICE daripada pihak LADA di mana YB Dato’ Haji Mohd Khidir Bin Majid, Pegawai Kewangan Negeri Sembilan turut memberi ucap tama bagi majlis ini.
Persidangan ini adalah julung kali dianjurkan di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara. Selain itu, LADA juga telah memberikan Insentif MICE kepada mereka berdasarkan kelayakan syarat-syarat MICE seperti persembahan kebudayaan dan bahan promosi.