Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia yang dipengerusikan oleh Prof Emeritus Dato’ Dr Ibrahim Komoo telah mengadakan mesyuarat Lembaga pengarah Universiti kali ke 178 di Langkawi pada 10-12 Jun 2024.

Seramai 30 delegasi telah dibawa melawat ke geo tapak LUGGp iaitu Biogeotrail Kubang Badak. Lokasi ini mempunyai projek berwawasan, bernilai kepada Pembangunan lestari dan memberikan kesan positif kepada pembangunan komuniti di kawasan tersebut.

Projek ini mula dijalankan pada tahun 2015 oleh LADA dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG) UKM. Dalam usaha merealisasikan projek ini, UKM telah membangunkan konsep dan kandungan bagi biogeotrail, manakala LADA membangun prasarana.

Pada masa ini, Koperasi Kubang Badak diberikan mandat mengurus aktiviti geopelancongan di kawasan tersebut sebagai produk baharu geopark.

Di bawah inisiatif koperasi, koperasi telah mengembangkan perniagaan melibatkan ternakan ketam dan ternakan laktud serta mewujudkan konsep geogastronomy dengan adanya Restoran Crab Farm.

Terkini, Langkawi Oyster Farm telah mula menjadi tarikan kepada pelawat untuk ke lokasi ini, disamping penampilan bot cruise baharu yang mampu meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke produk yang diusahakan oleh komuniti ini.