6 DISEMBER 2019
8.00pm till morning
LICC

Majlis perkahwinan pasangan Nirnith (Pengantin Lelaki) & Mounica (Pasangan) yang gilang gemilang diadakan di Langkawi International Conventions Centre (LICC), sekitar The Westin Langkawi & juga dibeberapa lokasi sekitar Langkawi

Seramai 250 orang terdiri dari keluarga dan rakan rapat keluarga pengantin tiba di Langkawi dari Hyderabad bagi upacara perkahwinan ini dari 2 Disember lagi.
Acara kemuncak pada 6 Disember di LICC dimulakan dengan perarakan pengantin, diikuti dengan upacara keagamaan. Walaubagaimanapun, upacara penuh penyatuan kedua pengantin akan diadakan pada jam 1.02pg (waktu paling mulia bagi kepercayaan mereka). Paling menarik, acara ini di dokumentarikan oleh Netflix sebagai media rasmi & akan di tayangkan di saluran Netflix pada 2020.