Majlis Pelancaran Kempen Promosi Naturally Langkawi X Klook telah diadakan pada pada 3 September 2024 bertempat di Dewan Lily, Aras C, Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan turut dihadiri oleh Puan Sarah Wan, Pengurus Besar Klook Singapore, Indonesia and Malaysia, Encik Zain Azrai bin Rashid, Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026, Puan Nurul Nadiah binti Basiran, Eksekutif Kanan Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dan rakan-rakan media.
Kempen promosi ini merupakan kerjasama diantara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan ‘Online Travel Agent’ (OTA) yang terkenal bagi pasaran Asia iaitu Klook. Kempen promosi Naturally Langkawi X Klook ini membawa tema ‘Unlocking Langkawi’s Vibrant and Affordable Adventures’ iaitu memperkenal Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan mampu milik dan merupakan usaha ke arah meningkatkan imej Langkawi sebagai sebuah pulau peranginan yang menawarkan perkhidmatan tempahan hanya di hujung jari.
Malalui kempen ini, lebih daripada 300 produk/aktiviti pelancongan, penginapan dan pengangkutan dari Langkawi telah disenaraikan dalam pakej ‘Langkawi: Pocket-Friendly Paradise’.
Para pelancong yang ingin meneroka keindahan Langkawi UNESCO Global Geopark bolehlah melayari laman sesawang Klook di www.klook.com dan muat turun aplikasi pelancongan Klook bagi proses tempahan pakej percutian yang menarik dan dapatkan tawaran harga istimewa bermula 9 hingga 29 September 2024.
#KlookDulu #NaturallyLangkawi #LangkawiGeopark #99magicalislands #LangkawiBestWey #LangkawiMissesYou #Malaysia #MalaysiaTrulyAsia #Langkawi