Majlis Pelancaran Slogan Baharu “Langkawi Best Wey!” telah diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 September 2022.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.
Majlis pelancaran ini diadakan di Kuala Lumpur bagi mendapatkan liputan menyeluruh media Kuala Lumpur & Selangor disamping dapat mempromosikan “Langkawi as Malaysia’s Favourite Destination” di Matta Fair Kuala Lumpur.
Selain itu, LADA telah menghasilkan video promosi Langkawi baharu yang turut dilancarkan pada majlis yang sama.
Slogan yang lebih dinamik dan menarik ini diharap dapat menaikkan semangat mengembara dalam kalangan Gen Z dan Millennials untuk melancong ke Langkawi. Kempen melalu video baharu ini menggambarkan keindahan Langkawi dengan cara yang bertenaga, pantas dan meriah. Video ini turut diiringi alunan melodi yang ceria mewakili semua pengembaraan unik dan menarik yang menanti para pelancong di Langkawi.