Langkawi, 11 September 2022– Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyalurkan bantuan perniagaan kepada seorang usahawan iaitu Syarikat D Dapur Air Tangan Ibu. Penyerahan bantuan perniagaan ini telah disempurnakan oleh Cik Waffa Wahida binti Zainol, Pengurus, Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan, LADA. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Peluang Ekonomi Baru di bawah Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi dalam membantu usahawan yang terkesan dengan wabak COVID-19.
Pemilik Syarikat D Dapur Air Tangan Ibu iaitu Puan Hasnah binti Hassan, merupakan seorang usahawan kuih muih tradisional. Beliau telah menghasilkan kuih muih seperti bingka kemboja, apam beras, karipap dan pelbagai jenis kuih lagi. Penyediaan kuih muih tradisional ini yang menggunakan oven yang bersaiz kecil telah menyukarkan penghasilkan kuih muih dengan kuantiti yang banyak dan menerima tempahan dari hotel- hotel di sekitar Langkawi. Dengan adanya bantuan dari LADA iaitu pembelian oven industri diharapkan dapat memudahkan beliau menerima tempahan dari pelanggan.
Pihak LADA sentiasa prihatin dalam membantu para usahawan tempatan untuk meningkatan sumber pendapatan. Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan beliau.