Langkawi UNESCO Global Geopark telah menyertai Pameran sempena Persidangan Pegawai Perakaunan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2024 yang berlangsung selama 2 hari di Bayview Hotel, Langkawi.

Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan (TKSU) KKM yang dihadiri oleh Pegawai Perakaunan KKM seluruh Malaysia.