21 Disember 2023 (Khamis) – YBhg. Dato Haslina Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah memulakan tugas secara rasmi pada hari ini.

Ketibaan YBhg. Dato’ telah disambut mesra oleh para pegawai dan kakitangan LADA bermula di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Kompleks LADA.

Sejurus sesi clock in, sesi pengenalan dan taklimat tertutup bersama Pengurusan Tertinggi LADA telah diadakan.

Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Semoga LADA dan Langkawi terus maju jaya dan cemerlang di bawah pimpinan YBhg. Dato’.

#lada #langkawi #lembagapembangunanlangkawi #malaysia #malaysiamadani #langkawibestwey #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp