LADA, dalam Sesi Brainstorming Dan Lawatan Penanda Aras Pengurusan Recovery, telah melawat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 12 September 2022. Lawatan diketuai oleh Pn. Norzulaily binti Ahmad Kamal, Timbalan Pengurus Bahagian Sumber Manusia Dan Khidmat Pengurusan LADA bersama 11 orang pegawai LADA yang terdiri daripada Seksyen Pengurusan Aset, Bahagian Kewangan dan Unit Undang-Undang. Tuan Haji Khairul Nizam bin Zainal, Timbalan Pengarah Kewangan dan Encik Ahmad Azizi Hakim bin Abd Muhi dari MBSA, masing-masing telah menyampaikan Taklimat Pengurusan Tunggakan Cukai Taksiran Dan Penguatkuasaannya dan Taklimat Pengurusan Rumah Rehat. Manakala, lawatan di PKNS telah disambut oleh Puan Sapna bin Turmidi, Pengurus Besar Kanan Khidmat Pengurusan, Pejabat Khidmat Pengurusan. Selain itu, Encik Azim bin Azhar, Penolong Pengurus Pentadbiran Hartanah, Bahagian Pentadbiran Hartanah telah menyampaikan Taklimat Pengurusan Sewaan PKNS. Input-input yang diterima menerusi lawatan ini akan membantu LADA dalam meningkatkan kecekapan dalan pengurusan kutipan hasil LADA