LADA telah menerima kunjungan hormat dari SSI Negeri Perak Darul Ridzuan di Kompleks LADA pada hari ini. Lawatan tersebut telah diketuai oleh YB. Tuan Mohd Zaki Bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak bersama Ahli Jawatankuasa dan anggota Pengurusan Tertinggi SSI Perak bagi bertukar-tukar pandangan berkenaan pengurusan bebas cukai di Langkawi dan pengurusan jeti-jeti di Langkawi
Delegasi ini disambut oleh YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Perancangan dan sesi taklimat oleh LADA telah di sampaikan oleh En. Sharudin bin Hassan, Pengurus Unit Pemantauan dan Pelaksanaan di Bilik Mesyuarat Utama Aras 8, Kompleks LADA.