12 Januari 2024 (Jumaat) – YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) merangkap Pengerusi Bersama Lembaga Pengarah LADA. Selain itu, sesi kunjung hormat juga dilakukan ke atas YBhg. Datin Rosni binti Mohd Yusoff, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Kementerian Kewangan merangkap Ahli Lembaga Pengarah LADA.
Ini merupakan kunjungan rasmi pertama ke atas Pengerusi Bersama dan Ahli Lembaga Pengarah LADA selepas pelantikan YBhg. Dato’ Haslina Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LADA sejak 15 Disember 2023 lalu.
Lawatan yang turut disertai oleh barisan pengurusan LADA turut membincangkan beberapa isu termasuklah program terdekat dalam memperkasa strategi promosi Langkawi dalam mencapai sasaran 3 juta orang pelancong ke Langkawi pada tahun ini.
Kementerian Kewangan
#lada #langkawi #lembagapembangunanlangkawi #malaysia #malaysiamadani #langkawibestwey #LangkawiUNESCOGlobalGeopark #LUGGp