Majlis Sambutan & ‘Welcome Dinner’ bersama JTBC TV Korea Selatan sempena Penggambaran Program Reality TV Rookie Golf Championship di Langkawi pada 11-20 Disember 2019.

Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan Langkawi kepada pasaran Korea Selatan terutamanya bagi segmen ‘Golf Tourism’ yang mempunyai potensi besar untuk dikembangkan di Langkawi. Di dalam pertemuan yang sama, wakil dari kedua-dua pihak turut membincangkan akan cadangan bagi mewujudkan Chartered Flight dari Korea Selatan ke Langkawi bermula tahun 2020.