Taklimat Penyediaan Green City Action Plan (GCAP) untuk Daerah Langkawi,dipengerusikan oleh YBrs.Tuan CEO LADA. Taklimat pertama disampaikan oleh YBrs. Tuan Paarteeban A/L Subramaniam, Timbalan Pengarah, Bahagian Perancangan Wilayah,EPU berkaitan Konsep dan Inisiatif GCAP di Malaysia.Taklimat kedua disampaikan oleh YBhg.Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, CEO Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka berkaitan Pelaksanaan GCAP di Melaka.Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman awal kepada Jabatan/Agensi Kerajaan,NGO dan lain-lain pihak berkepentingan mengenai keperluan GCAP disediakan iaitu sebagai panduan perancangan strategik dan sistematik di dalam memacu pembangunan Langkawi supaya lebih berdaya huni,inklusif dan mampan. LADA akan bekerjasama dengan pihak MPLBP,Pejabat Daerah,EPU,Jabatan/Agensi Teknikal dan lain-lain pihak berkepentingan dalam menyediakan GCAP tersebut.