Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Regional Course on Unesco Global Geopark (RCUGG’23) pada 21 sehingga 23 Oktober bertempat di Hotel Mercure, Pantai Chenang Langkawi. Penganjuran kali keenam (ke-6) ini bertemakan Cabaran dan Peluang dalam Menguruskan Sebuah Pulau Geopark (Challenges & Opportunities in Managing Island Geopark.

Untuk makluman, persidangan ini telah berjaya menarik 83 orang peserta dari 4 buah negara iaitu Indonesia, Thailand, Filipina dan Malaysia. Tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan bersama peserta dalam memperkasa pengurusan geopark. Sebanyak tujuk (7) tajuk telah dipilih untuk dikongsi bersama peserta persidangan seperti berikut:

i. Challenges & Opportunities in Managing Island Geoparks – Professor Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo
ii. Geosite Development and Management – Dr. Che Aziz AliManaging Geopark in Oki Isand, Japan
iii. Resilient Island Community – Dato’ Prof. Dr. Norzaini Azman & Dr. Azmil Munif Mohd BukhariBiodiversity in Geosites Development – Prof. Dr. Norhayati Ahmad
iv. Environmental Management in Geopark – Dr. Azmil Munif Mohd Bukhari and Ms. Rasanubari Asmah Rahmah Abd Hamid
v. Sustainable Tourism in Island Geopark – Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo and Dr. Azmil Munif Mohd Bukhari
vi. Workshop on Opportunities in Managing Island Geopark Moderator: Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo
Panel:
a. Ms. Jagoda Woloszyn,
b. Rinjani UGGp,
c. Satun UGGp,
d. Dr. Azmil Munif Mohd Bukhari (Langkawi UGGp)

Selain itu, para peserta persidangan akan dibawa melawat bagi melihat dan mengalami sendiri pengalaman ke beberapa buah produk pelancongan di sekitar Langkawi

i. Lawatan Lapangan Pertama
Tarikh : 21 Oktober
Masa: 2.30 petang
Produk :
i. Kompleks Kraf Langkawi
ii. Pusat Penyelidikan Langkawi
iii. Machincang Cambarian Geoforest Park
➢ Geopark Infocenter Oriantal Village
➢ Langkawi Skycab

ii. Lawatan Lapangan Kedua
Tarikh : 22 Oktober
Masa: 2.30 petang
Produk :
i. Kilim Karst Geoforest Park
➢ Tapak Semaian Bakau
➢ Geopark Discovery Centre Langkawi
➢ Mangrove Tour
ii. Pasar Malam Padang Matsirat

Penganjuran RCUGG’23 ini adalah kerjasama strategik LADA dan LESTARI (Universiti Kebangsaan Malaysia). Persidangan ini akan menjadikan Langkawi terus relevan sebagai sumber rujukan utama dan inspirasi kepada negara-negara di Asia Pasifik sebagai pusat rujukan UNESCO Global Geopark.

-TAMAT-
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA)
29 Ogos 2023
_____________________________________________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut berhubung kenyataan/siaran media ini sila hubungi Unit Khidmat Korporat (LADA) di talian 04-9600626.
_____________________________________________________________________________________________________________________________