Arkib

LAWATAN PENANDA ARAS DELEGASI MBSJ KE LADA

Langkawi, 26 Disember 2021 – Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah melaksanakan satu lawatan penanda aras ke Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Delegasi lawatan ini telah diketuai oleh YBrs. TPr. Noraini binti Roslan, Datuk Bandar Subang Jaya dan disertai oleh 12 orang wakil pengurusan serta kakitangan MBSJ. Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan amalan pengurusan [...]

LAWATAN PENANDA ARAS DELEGASI MBSJ KE LADA2022-09-19T11:26:08+08:00

PROGRAM BICARA ILMU: REZEKI BARAKAH DI MUSIM SUSAH

Langkawi, 20 Disember 2021 – Program Bicara Ilmu anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah dilangsungkan di Masjid A’ishah, Sungai Menghulu. Program berbentuk kuliah agama ini menampilkan YBhg. Ustaz Elyas bin Ismail sebagai penceramah dengan kupasan tajuk “Rezeki Barakah di Musim Susah”. Program yang dihadiri seramai 300 orang jemaah masjid ini merupakan salah satu program yang [...]

PROGRAM BICARA ILMU: REZEKI BARAKAH DI MUSIM SUSAH2022-09-19T11:26:11+08:00

LANGKAWI SWIMMING FESTIVAL 2021

Langkawi, 12 Disember 2021 – Langkawi Swimming Festival 2021 (LSF) anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Tough Gorilla Ventures telah diadakan di Pantai Tanjung Rhu Langkawi. Dilaksanakan buat kali kedua setelah penganjuran edisi pertama pada tahun 2019, acara pelancongan ini diharap dapat meningkatkan imej Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat, selain turut menjadi [...]

LANGKAWI SWIMMING FESTIVAL 20212022-09-19T11:26:19+08:00

PROGRAM SEHARI BERSAMA PANEL PEGUAM LADA

Langkawi, 8 Disember 2021 – Unit Undang-undang LADA telah menganjurkan Program Sehari Bersama Panel Peguam LADA. Seramai 50 orang jemputan yang terdiri daripada panel peguam, pengurus-pengurus bahagian dan unit serta kakitangan LADA telah menghadiri program ini. Program yang dilaksanakan secara tahunan ini adalah satu usaha untuk mengeratkan lagi kerjasama antara barisan panel peguam dan semua [...]

PROGRAM SEHARI BERSAMA PANEL PEGUAM LADA2022-09-19T11:26:26+08:00

LANGKAWI RAIH ENAM ANUGERAH DI MAJLIS MALAYSIA TOURISM COUNCIL GOLD AWARDS

Langkawi, 10 Disember 2021 – Langkawi berjaya raih enam anugerah di Majlis Malaysia Tourism Council Gold Awards 2021 anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) yang telah berlangsung di New World Hotel, Petaling Jaya. Dalam majlis yang sama, sebanyak 46 anugerah telah disampaikan kepada pemain industri pelancongan di Malaysia bagi mengiktiraf peranan mereka dalam memperkasakan industri pelancongan [...]

LANGKAWI RAIH ENAM ANUGERAH DI MAJLIS MALAYSIA TOURISM COUNCIL GOLD AWARDS2022-09-19T11:26:31+08:00

FORUM KELESTARIAN LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK (LUGGp) 2021

Langkawi, 1 Disember 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Langkawi (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Friends of Langkawi Geopark (FLAG) menganjurkan Forum Kelestarian Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) 2021 selama dua hari pada 1 dan 2 Disember 2021 di Hotel Aloft, Langkawi. Bertemakan “Pemerkasaan Komuniti ke Arah Kemakmuran Bersama”, forum ini bertindak [...]

FORUM KELESTARIAN LANGKAWI UNESCO GLOBAL GEOPARK (LUGGp) 20212022-09-19T11:27:58+08:00

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH LADA TAHUN 2021

Langkawi, 30 November 2021 – Majlis Ikrar Bebas Rasuah LADA Tahun 2021 telah diadakan bertempat di Dewan Besar Kompleks LADA. Majlis ini merupakan satu usaha perkongsian pintar antara LADA bersama pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah. Lafaz ikrar bebas rasuah LADA telah diketuai oleh YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif [...]

MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH LADA TAHUN 20212022-09-19T11:28:03+08:00

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR LANGKAWI (A-KAWI) TAHUN 2021

Langkawi, 24 November 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi (PPD), Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB) dan Langsura Geopark Sdn. Bhd. (LGSB) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Langkawi (A-KAWI) Tahun 2021 pada 24 November 2021 di Bayview Hotel, Kuah. Program tahunan yang diadakan ini [...]

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR LANGKAWI (A-KAWI) TAHUN 20212022-09-19T11:28:10+08:00

KURSUS LATIHAN PENYEDIAAN KEK BAJET & ROTI VIRAL

Langkawi, 18 November 2021 – Kursus Latihan Penyediaan Kek Bajet dan Roti Viral anjuran LADA dengan kerjasama Pejabat KEMAS Daerah Langkawi telah diadakan pada 16 dan 17 November 2021 bertempat di Pusat Masakan KEMAS Daerah Langkawi. Secara keseluruhan, kursus ini melibatkan 30 orang peserta yang terdiri daripada individu dan pengusaha di Langkawi yang terkesan akibat [...]

KURSUS LATIHAN PENYEDIAAN KEK BAJET & ROTI VIRAL2022-09-19T11:28:14+08:00

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG LADA 2020

Langkawi, 16 November 2021 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang LADA Tahun 2020 telah diadakan pada 14 November 2021 di Hotel Bayview Langkawi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LADA, YBrs. Tuan Nasaruddin Abdul Muttalib. Seramai 27 orang kakitangan LADA telah menerima anugerah dalam majlis ini. Selain itu, majlis ini turut meraikan tiga (3) [...]

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG LADA 20202022-09-19T11:28:17+08:00
Go to Top