GEOMANGROVE BERSAMA KOLEJ POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDIN, PERLIS @ LANGKAWI GEOPARK DISCOVERY CENTRE DI SANTUARI BAKAU YANG BARU DIPULIHKAN
Sempena sambutan ulang tahun LADA yang ke-33, Bahagian Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi bersama-sama Unit Khidmat Korporat telah menganjurkan aktiviti mingguan penanaman pokok bakau di Santuari Bakau, Langkawi Geopark Discovery Centre (GDC) yang baru dipulihkan. Bersama-sama pasukan ini, kira-kira 40 pelajar dari kolej politeknik telah datang ke Langkawi UNESCO Global Geopark dan mengambil bahagian dalam usaha [...]