21 Ogos 2022 – Satu perbincangan di antara pihak LADA dan Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, Jabatan Audit Negara telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan pendekatan audit secara remote. Perbincangan yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Sektor Pengurusan meliputi kaedah-kaedah pelaksanaan, ketersediaan agensi, cabaran dan kekangan semasa yang perlu dihadapi serta cadangan-cadangan bagi merealisasikan pelaksanaan pendekatan ini. Transformasi ini adalah penting untuk menyahut aspirasi kerajaan dalam meningkatkan sistem penyampaian secara digital dan dalam masa yang sama mengadaptasi pendekatan pengauditan seiring kemajuan teknologi.