17 – 18 Ogos 2022- Pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dengan kerjasama LADA telah melaksanakan satu lawatan ke hotel Ombak Villa, Dash Resort, Park Royal dan The Danna Langkawi bagi pemilihan hotel rasmi Persidangan Routes Asia 2024. Routes Asia adalah persidangan yang menemukan 800 ke 1,000 orang penggiat dari industri penerbangan di Asia Pasifik seperti syarikat penerbangan, pengurusan lapangan terbang, destinasi dan pemain industri penerbangan untuk membincangkan laluan yang berpotensi bagi sesebuah tempat.
LADA berperanan membantu pihak MAHB untuk menyelaras persidangan ini yang akan diadakan di Mahsuri International Exhibition Hall (MIEC) pada 26-28 Februari 2024.