PENYERAHAN BANTUAN PERNIAGAAN PEB, HELANG KEPADA SYARIKAT IDAMAN MAKMUR RESOURCES DAN SYARIKAT MAKTELLICIOUS ENTERPRISE
Langkawi, 11 September 2022– Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyalurkan bantuan perniagaan kepada dua orang usahawan iaitu Idaman Makmur Resources dan Syarikat Maktellicious Enterprise. Penyerahan bantuan perniagaan ini telah disempurnakan oleh Cik Waffa Wahida binti Zainol, Pengurus, Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan, LADA. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Peluang Ekonomi Baru di bawah Pelan [...]